top of page

SEJARAH MASJID KAMPONG RAJA SONGSANG

Pada tahun 1964 orang kampung telah menebas tapak masjid sekarang yang dulunya penuh dengan pokok hutan secara gotong royong. Kerajaan negeri telah memberi peruntukan sejumlah RM 9,500.00 untuk pembinaan masjid, seluas 20 X 40kaki. Pemilihan tapak masjid menjadi satu polemik ketika itu.

 

Pemikiran strategik Penghulu Hj Yahya kearah misi nya, menjadikan masjid ini akan dikunjungi perlbagai bangsa dunia menjadi realiti. Masjid yang dibuka sejak tahun 1964 tidak pernah ditutup, disembahyang lima waktu hingga kini. Kutipan jumaat dari puluhan ringgit, kini ke ribuan ringgit.


Pada tahun 1970 an masjid dibesarkan melalui infak orang kampong seluas 800kaki persegi. Dan tahun 90an masjid diperbesarkan lagi melalui peruntukan kerajaan seluas 800 kaki persegi.

Rumah yang di diami oleh Sultan Abu Bakar di Kg Raja semasa era Jepun di Tanah Melayu

Struktur bangunan dari kayu, merupakan satu-satunya masjid sedemikian selain dari bandar Kerdau dan Purun. Terletak di atas tanah Majlis Agama dan Adatistiadat Melayu Pahang

2017 Masjid Kg Raja Songsang

bottom of page